Rahsia Di Sebalik Seorang Wanita (PART 1)

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies.. 

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu berikan dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar mencari benda yang dia benci tentang seseorang yang paling dia sayang
(Sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan)


Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,
lelaki itu akan sentiasa ada dalam fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat.

Wanita memang suka pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana utk menerima pujian.



Jika kamu tidak suka dengan wanita yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa sahaja.

Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri darimu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cuba tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. 
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati.

Jangan sesekali beritahu wanita yang mereka langsung tak berguna.

Bersikap terlalu serius, boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama sekali lelaki yang mencintainya dalam diam memberi respon positif,
misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh tidak berminat,
tetapi sebaik sahaja ganggang di letakkan dia akn menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan mengetahui berita tersebut.

sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. 
Jadi jangan hanya senyum sebarangan.

Jika kamu menyintai seorang wanita cuba mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biar dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar,
tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan mu.

Tetapi jika dalam asa yang sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan kamu 
terus kan usaha untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.
Tanya dia sendiri.

Selepas seseorang wanita jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ni lebih awal.


 

Comments

  1. sesungguh nya...setiap k'sabarn itu pasti ader ganjaran nyer...trust it!!!...be strOng yunk...:))

    ReplyDelete

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Coment.
Satu pun Jadi Lah !! hehehe

Popular Posts