Rahsia Di Sebalik Seorang Wanita (PART 2)

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies.. 

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik utk memikat hati seorang gadis,
cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirirnya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya.

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud 
KESETIAAN, AMBIL BERAT, JUJUR dan KEBAHAGIAN TANPA KOMPROMI.

Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

Senjata wanita adalah airmata.

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya 
(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). 
Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. 
Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh cinta pada lelaki yang mengambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. 
So, kalau nak memikat wanita pandai-pandai lah.

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Comments

Popular Posts